Arnab Suqree Pahang

(Masih baru dalam penternakan dan masih baru dalam berblog)
Blog Untuk Penggemar/Peminat Arnab pedaging dan hias secara kecil-kecilan.
ARNAB SUQREE PAHANG
KUALA ROMPIN
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel:~ 019~3137644

Monday, September 19, 2011

FAKTA BIOLOGI ARNAB



Jangka hayat : 5 ke 10 tahun

Tempoh kesuburan : 1-3 tahun

Tempoh bunting : 28 ke 35 hari

Tempoh cerai susu : 6 ke 8 minggu

Umur matang : 4 ke 10 bulan

Umur dikahwinkan : 6 ke 12 bulan

Mengawan semula : 2 minggu selepas cerai susu
(anak diasingkan dari ibu)

Kitaran kelamin : Poliestrus dalam
tempoh setahun ,
sekurang-kurangnya 5 kali bunting setahun

Kitaran berahi/mengawan : Sekitar 2 minggu

Jangkamasa estrus : 11 ke 15 hari

Pengovulan : Berlaku 9 ke 13 jam
selepas disenyawakan

Masa subur : 1 ke 2 jam selepas
disenyawakan

Purata anak yang dilahirkan : 4 ke 10 ekor
(bergantung pada baka)

Jumlah darah : 40ml/kg berat badan

Berat arnab dewasa : Bervariasi ,
bergantung pada baka , jantina dan
faktor penjagaan.

Sunday, September 18, 2011

Anak-Anak Arnabku Setelah Sebulan (Flemish Mix/new zealand white mix)

Yeahhh Anak2 Flemish Mix Aku

Nakal dan Kiut..lucu gilerrr..

Wahh.. selesai sesi fotografi
Pengalaman membela arnab dan menjaga baby arnab yang tidak diberi susu oleh si ibu memang mencabar dan syokk giler...(aku cuba mengenal pasti jantina baby2 arnab ni,aku dapati ianya 2 ekor betina (doe) dan 1 ekor jantan(buck), harap-harap tekaan aku betul.hehe baru belajar mengenali jantina anak arnab :P )

Friday, September 16, 2011

Cara Memegang Arnab atau Kelinci

Aduiiii kena cakar lagi...aku ingatkan kita boleh memegang sebarang aje binatang yang bernama arnab ni, habis calar balar tangan aku dek di cakar oleh arnab yang meronta-ronta nak lepaskan diri. Ikutkan hati mau aje kasi penendang mcm bola hihi acah aje tu Rupa-rupanya arnab ni ada cara jugak kalau kita mau memegangnya.

Bestnya kena cakar

Nasib baik sikit aje,kalau tak jatuh saham aku
Dalam hal mengangkat dan memegang arnab ia tidak boleh sembarangan, apatah lagi untuk arnab yang masih kecil. Apabila terjadi kesalahan dalam mengangkat, ia akan mengakibatkan kecederaan yang menyebabkan kecacatan kekal pada arnab.

Beberapa tabiat yang sudah menjadi kebiasaan yang salah dalam mengangkat arnab : Mengangkat arnab dengan memegang ke dua telinga arnab. Ini boleh mengakibatkan saraf telinga akan rosak kerana telinga arnab sensitif dan tidak mampu menahan berat tubuhnya. Apatah lagi apabila arnab meronta-ronta bila diangkat ditelinganya. Ini dapat mengakibatkan kepala arnab boleh terkehel dan cacat seumur hidupnya. Mengangkat arnab dengan memegang kedua kaki belakang. Hal ini akan menganggu peredaran darah, akibatnya darah akan menghimpun pada kepala dan posisi organ berubah. Ini mungkin akan terjadinya organ dalaman putus.

Kalau begini gaya cara kita pegang arnab..memang salah

Habis tu, bagaimana mengangkat arnab dengan betul?

"Untuk arnab dewasa, pegang tengkuk atau punggung dengan salah satu tangan. Setelah terangkat, sebelah lagi tangan digunakan untuk mendukung pada bahagian bawah. Lebih elok jika sebelum diangkat, dibelai-belai dahulu arnab itu. Ini adalah kerana untuk menenangkan arnab dari meronta-ronta.

Untuk arnab yang masih kecil, boleh diangkat dengan memegang bahagian sebelah depan kaki belakang melalui punggung.

Haaa..macam ni la cara pegang arnab dengan betul


Adeiii..lepas ni kena praktis lagi dan praktis lagi... :))

Thursday, September 15, 2011

Khasiat Daging Arnab

Daging arnab setelah pemproses pembersihan (gambar sumber internet)
Arnab setelah dilapah (gambar sumber internet)
Bila dah bela arnab ni kena la tahu pulak khasiat daging arnab. Kena la google search lagi hihi..Kebanyakan orang ramai yang geli dengan daging arnab ni, dalam kepala dia orang selalu fikir mcm daging kucing. Kalau kita membayangkan benda yang tak sepatutnya memang la konpem seperti apa yang kita bayangkan. Tapi dalam keluarga aku sendiri pun, contoh macam mak aku sendiri pun geli nak makan..hihihi adoii..mak..mak...
Masa zaman sekolah dulu abang-abang aku pernah membela arnab ni sebagai hobi dia orang. tapi bila dah banyak terpaksa la disembelih, dan yang menjadi mangsa untuk melapah arnab ni tentu la aku jadi mangsanya. Nasib baik ada buku yang dibekalkan oleh jabatan kerajaan (tak pasti jabatan apa.lupa hihihi), jadi aku belajor dari buku tu. Makan daging arnab biasa aje bagi aku..rasanya juga macam daging ayang tetapi daging arnab ni lagi enak daripada daging ayam.

Setelah diselidik jom kita tengok apa khasiat daging arnab ni.
Daging arnab mengandungi :
Tenaga=160kcal,
Crude Protein=18%,
Lemak=7.1%,
Air=71%,
Kolesterol=136mg/100gm,
Vit, mineral & asid amino

Dalam ertikata lain daging arnab mempunyai kandungan protein yang tinggi,kaya dengan vitamin B12, kandungan kalori, lemak, kolesterol dan asid urik yang rendah, mempunyai kandungan air tinggi berbanding dengan ternakan lain seperti ayam , lembu atau biri-biri.

Selain itu, daging arnab juga dapat merawat & mengubati pelbagai masalah seperti berikut:
- masalah pencernaan kerana dagingnya mudah hadam.
- penyakit tekanan darah tinggi dan gout.
- penyakit demam malaria.
- penyakit asma
- masalah kencing tidak lawas (dagingnya yang dibakar)
- retak batu pada kemaluan.
- dapat mengemaskan perut yang gendut.

Daging arnab juga dapat meningkatkan tenaga, memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak. Ia juga berkhasiat untuk meningkatkan tenaga batin golongan lelaki dan sekiranya dimakan hempedunya oleh wanita ianya baik untuk kesuburan.

(sumber : buku Penternakan Arnab (MARDI, 1995) )


Oh!!! Baru tau...( cara mengenali jantina arnab)

Oleh kerana masih baru dalam mendidik menternak arnab ni memang konpem aku tak tahu mengenali jantina arnab ni. Akhirnya cari-punya cari di internet,terjumpa jugakla bagaimana mengenali jantina seseekor arnab tu. Walaupun aku masih belum benar-benar paham hihihi... Antara caranya ialah boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.
 Mengenal jantina arnab yang berusia bawah 3 bulan memang agak sukar. Ini adalah kerana yang testicles arnab jantan belum kelihatan. Namun jika diteliti betul-betul, ada perbezaan yang membolehkan kita mengenalpasti jantina anak2 arnab yang berusia dibawah usia 3 bulan. Bagi sesetengah baka-baka arnab, yang jantan dan betina dewasa boleh dibezakan dengan lebih mudah. Bagi yang mempunyai kantung seolah-olah seperti tembuluknya, maka arnab ia adalah betina dan bagi yang tiada, maka fahamlah kita bahawa arnab itu adalah arnab jantan. (sumber internet).

Wednesday, September 14, 2011

Arnab Aku Dah Bunting




Sepasang Flemish Mix/new zealand white yang dibeli pada awal tahun 2011 diwaktu usianya mencecah 2 bulan kini pada 15 OGOS 2011 telah melahirkan 5 ekor anak arnab yang sangat sihat, tetapi kerana tiada pengalaman dalam penjagaan kelahiran anak-anak arnab, 2 ekor telah mati, dan ibunya tidak menyusukan anak-arnab arnab.Terpaksalah disusukan dengan cara memegang ibunya, 2 kali sehari selama 30 hari.

Fasa Percubaan Menternak Arnab






Fasa 1 masih tercari-cari pengalaman bagaimana cara untuk menternak arnab. Jenis yang dibela untuk percubaan ialah sepasang anggora mix dan sepasang Flemish mix/new zealand white mix (aku tak pasti sbb tuan punya arnab cakap pedaging sahaja.